Ramadhan itu...

Salam Ramadhan buat semua....

Alhamdulillah.. dh 4 hari kite dh berpuasa dengan jayanya kan... hari dah msuk hri ke 5 kte berpuasa..semoga puasa dan ibadat kita sebelum ini diterima Allah..InsyaAllah... 

Sempena bulan puasa ni.. saya nak kongsikan sedikit ilmu tentang ramadhan dgn kawan2 semua... ni semua Ieryna dpt dari tazkirah guru2 yg Ieryna join lpas waktu sekolah... 

Untuk pengetahuan shbt2 semua.. puasa ni ada 3 peringkat.. di ulangi..3 peringkat.. iaitu puasa orang awam, puasa orang kawas, dan  puasa orang khasul/khususul khowas..ok, apa yang dimaksudkan ketiga2 jenis puasa to??? jom baca lg..

Puasa orang awam ni ialah puasa yg biasa dan diketahui umum.. bermakna semua orang yg berpuasa tahu bahawa tak boleh mkn n minum, xbleh buat perkara batalkan puasa dan sbgainya.. puasa yg biasa2 dan di lakukan oleh semua orang.. pendek kata hanya memnuhi syarat2 sah puasa sahaja... boleh faham x? kalau xfaham.. Ieryna bg contoh yer.. contohnya, seperti seorang guru meminta pelajarnya menyiapkan sebuah karangan.. kalau pelajar itu xdapat menyiapkan karangan tersebut, dia akan didenda. So, walau macam mana keadaan sekalipun, pelajar mesti menyiapkan karangan tersebut bagi mengelakkan dari di denda. Maksudnya di sini.. pelajar itu hanya memenuhi syarat sahaja bagi menyiapkan karangan tersebut yang mana semua orang pun akan buat karangan tersebut tanpa memikirkan ingin buat yg terbaik untuk siapkan karangan tersebut. ssama juga seperti berpuasa, semua orang akan berpuasa dan mengikut syarat2nya bagi mengelakkan dosa tanpa ingin membuat puasa yg terbaik.

Puasa yg kedua pula ialah puasa orang khawas.. yang mana ia membawa maksud.. seseorang yg berpuasa dan menjaga juga anggota2 zahir daripada melakukan perkara yang haram dan berdosa.. sekalipun perbuatan itu tidak mengakibatkan puasa terbatal.. iaitu menjaga mulut daripada bercakap perkara2 yang haram dan berdosa, menjaga mata daripada melihat perkara2 maksiat, menjaga telinga, tangan, kaki dsb daripada melakukan perbuatan2 yang dilarang. Thats why la dalam satu hadis kalau sesorang to di uji dengan bergaduh, marah, melihat benda yg tidak elok, mengumpat dan sebgainya kita mestilah mengatakan.. "sesungguhnya aku sedang berpuasa..".. orang seprti ini dapat menahan diri dari melakukan perkara2 tersebut selain menjga dari perkara2 yg membatalkan puasa. Berbalik kepada contoh berkenaan karangan tadi, pelajar2 yg menyiapkan dan berusaha keras untuk mengeluarkan idea bagi menghasilkan krangan terbaik adalah contoh bagi puasa orang khawas. faham kan..?? Peringkat ini adalah lebih tinggi daripada puasa orang awam.


Seterusnya, iaitu puasa peringkat ketiga adalah puasa orang khassul / khususus khowas. Puasa ni adalah puasa  peringkat tertinggi dalam berpuasa.. memg betul2 tinggi la..Bukan setakat menahan diri dari melakukan perbuatan yg membatalkan puasa dan menahan anggota zahir daripada melakukan maksiat dan dosa jer.... malah lebih dari tu taw, golongan ini menjaga anggota batin daripada memikirkan perkara2 dosa dan maksiat.. juga menjaga hati daripada sifat2 keji spt riak, takabbur dsb dan hati sentiasa ingtkan Allah S.W.T.  Untuk pengetahuan shbt2, puasa peringkat ini adalah seperti puasa para Nabi dan para wali2.. kita sebagai orang awam ni agak kurang mampu nak sampai ke tahap ni.. sekalipun ianya bukanlah sesuatu yg mustahil..
bkn ape..sometimes, bila difikirkan.. kita mungkin tak makan dan minum pada siang hari, tapi fikiran kita dan hati kita sibuk memikirkan benda nak makan masa berbuka..betul x? mcm2 la kite fikir, dengan ayam panggangnya, bubur lambuknya, popia, murtabak n mcm2 lg la..  sedangkan ketika itu kita still berpuasa.. memgla tak membatalkan puasa, tetapi tidaklah kita mampu nak sampai ke tahap puasa golongan ini jika kita tak cuba mengekang hawa nafsu zahir dan batin semasa berpuasa...

ok.. to la peringkat2 dlm berpuasa.. so, cmne shbt2?? tahap mane satu puasa kite? same2 la kite fikir dan renung2kanlah... jadikan puasa hari ni lebih baik dari puasa2 yg lepas...




2 comments:

  1. notami suka blog ieyra! entri2 pn best! =)

    ReplyDelete
  2. thanks notami.. tapi entri baru cket, apa yg bestnyer notami?

    ReplyDelete